SELAMAT DATANG KE GLAMOURMOON..... FAHMI & EDA

Sunday, 12 May 2013

PULAU SIBU BERSAMA FAMILY

Happy holiday bersama family cuti perayaan tahun baru cina 2013. Memang tidak rancang sebenarnya nak pergi holiday,ini pun plan last minit dengan dia orang semua. Lepas dibincang bersama semuanya memberi idea nak pergi bercuti dekat pulau, wah kemain lagi ye masing-masing. Macam-macam yang bagi idea nak pergi pulau itu lah pulau ini lah, last-last my parent cakap kita semua pergi ke pulau sibu dekat johor.

Yang paling istimewa sekali holiday kali ini kita orang meraikan tahun baru cina,memang meriah sekali. Macam-macam aktiviti yang kita orang semua lakukan dekat pulau sibu tersebut, mandi laut itu dah kemestian semua orangkan kan kan...rugilah kalau pergi pulau tak mandi laut. aktivit malam pulak kita orang buat BBQ,time bbq tu macam biasa seafood semuanya dan berasap-asap dekat halaman yang disediakan oleh pihak resort. Kami semua holiday dekat sana selama 2 hari 1 malam. Yang seronoknya seawal subuh lagi kami semua sudah bertolak,adalah dalam pukul 5.30 pagi dari johor bahru,sebab kita orang semua kena sampai dekat terminal jeti tunjak tanjung leman sebelum pukul 9 pagi. Kita orang punya feri pukul 9 pagi, dari johor bahru nak ke tanjung leman tu jauh juga tau adalah lebih kurang 2 jam nak ke sana. Yang penting sekali masuk ni dah dua kali eda pergi bercuti dekat pulau,tahun lepas dekat pulau tioman,dan harap-haraptahun depan kalu ada rezeki akan pergi bercuti ke pulau lagi.

Ibu kemain lagi nak bergambar dekat jeti ni,katanya bersemangat nak pergi pulau,yang dekat belakang berbaju merah adik eda yang bongsu,sibuk je dekat belakang tu.heheh
 Dengan big bos eda my father,time ni semua nak pergi jalan-jalan di sekitar pulau sibu


Jalan-jalan dekat pulau sibu dengan menaiki bot.


 Aktivit beredah hutan nak ke laut sebelah, baru mencabar.

 view dekat pulau sibu time ni hari dah nak hujan.


 Aktivit kemuncak happy holiday tahun 2013 iaitu ying sang sempena tahun baru cina

 makanan yang dihidangkan waktu tengah hari kami semua. Sedap-sedap tau


 Mandi-mandi semua. huan pun masing-masing reda 


 Paling happy dan seronok aktiviti minum
air kelapa. fresh tau dari pokok kelapa


Malam BBQ macam-macam ada,udang,sotong satay dan macam-macam lagi.




dah baca ke,terima kasih tau sebab sudi membaca dan singgah ke blog kami

No comments:

Post a Comment