SELAMAT DATANG KE GLAMOURMOON..... FAHMI & EDA

Thursday, 27 December 2012

STORY OF STORY

Salam semua dan selamat pagi. Pagi lagikan kalau pukul 11 ni.. Siapa-siapa yang baru bangun tidur tu pergi mandi dulu,kalau tak nak mandi dulu pun,pergi basuh muka and gosok gigi. Tahun baru 2013 sudah hampir menjelang dan tahun 2012 akan kita tinggalkan dan menjadi kenangan dalam hidup korang semua. Yang baik dikekalkan baik yang kurang baik tu jadikan ia sebagai pengajaran kepada korang. Jangan lupa juga kepada sesiapa yang menyimpan tabung mereka di ASBN, masuk sahaja tahun baru terus pergi update akaun dan kita tengok dapat dividen berape.hehe. Ni yang tak sabar ni sebab nak tengok duit dalam tu makin bertambah dan senang hati sikit. Duit tu kegunanya untuk masa depan,ialah kalau ditakdirkan kita ni satu hari jatuh sakit ke,mengalami masalah kewangan ke dan seumpamanya,duit itulah yang kita akan gunakan. Sesekurangnya kita tidak meminta dan meminjam dekat orang lain.


Sekarang ini dah nak masuk tahun baru 2013 yang akan datang ini, pelbagai kemungkinan yang diluar jagkaan kita akan belaku. Putaran hidup kita dekat dunia ni sama sahaja,dunia ni kan bulat dan masa itu pun berputar pada waktu yang sama,siang dan malam juga yang kita jumpa, air pasang surut juga masih belaku,hujan panas juga yang kita jumpa. Yang cuma berubah dalam kehidupan masyarakat kita ini ialah tahun dan angka yang meningkat dan hanya untuk didunia sahaja. Best the story untuk tahun 2012 ni,tidaklah semuanya baik-baik sahaja dan tidak semua jugalah yang pahit-pahit sahaja. Yang boleh diucapkan ialah alhamdullilah dan bersyukur kepada allah kerana apa yang belaku dalam kehidupan ini semuanya boleh membuatkan diri ini terus tersenyum. Dan diharapkan tahun 2013 ini juga dapat sentiasa tersenyum. Yang terutama kepada my family,my hubby and friends sentiasa ada disisi dan memberi sokongan kepada eda.



Bukan sahaja tahun baru dan diri kta juga perlulah diperbaiki yang kurang baik di tingkatkan kepada yang terbaik. Memang susah kita nak puaskan dan nak buat orang terima kita yang seadanya. Yang sebenarna semua orang sama sahaja yang dilakukan didunia ini cuma caranya sahaja berubah dan digunakan macam mana. Selain itu juga bukan sahaja diri ini diperlukan meningkatkan tapi alam maya juga perlu ditingkatkan.hehehe. Story yang ini pulak sahaja-sahaja je nak publish dekat kawan-kawan, sekarang ni dunia it semakin canggih dan pelbagai alam maya yang ada. Sekarang ni boleh dikatakan semua orang ada akaun twitter, dan bukan sahaja twitter, instagram, tumblr dan macam-macam lagi. Dunia maya ini memudahkan orang ramai berhubung antara satu sama lain walau jaraknya berjauhan beribu-ribu batu. Twitter eda pun dan cantik,cantik di mata eda sahaja. hehehe. Sendiri punya mestilah cakap cantik kan. Memang tidak dinafikan tidak semua orang akan suka dekat kita kan kan kan kan...hehehe


dah baca ke,terima kasih tau sebab sudi membaca dan singgah ke blog kami

No comments:

Post a Comment