SELAMAT DATANG KE GLAMOURMOON..... FAHMI & EDA

Tuesday, 25 December 2012

AKHIRNYA KEMBALI

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan semua, macam mana hari ini sihat tak ? cuti ni korang buat apa sahaja ? eda macam biasalah duduk rumah sedang menunggu Encik Fahmi Idris bangun dan datang and keluar. Sementara menunggu ni,eda update dulu blog. Agak lama juga eda tak update blog,rasanya dah sebulan tak muncul dekat alam maya blogger ni. Eda mintak maaf sangat-sangat tau pada kawan-kawan yang mengikuti perkembangan eda. Macam teman-teman dan ahli keluarga yang mengenali eda,dia orang pun sudah termaklum dan tahu yang eda sekarang ni sibuk sedikit. Mana tidaknya dengan kerjanya yang sentiasa banyak dan sentiasa berulang alik dari shah alam ke johor bahru. Bukan apa selalu balik jb sebab nak uruskan sesuatu yang amat merumitkan. Benda apa yang merumitkan tu eda ??? kalau nak tahu nanti dah tiba masa dan nak hampir-hampir tarikh itu eda akan bagi tahu kawan-kawan semua. Buat masa ini eda tak banyak sangat story yang nak kongsi dengan kawan-kawan semua,bukan tak ada,ada cuma tak ada masa nak kongsi dekat alam maya ini. Dalam awal bulan 11 hari tu, dah lama juga cerita ni kan..hehehe. fahmi dengan kawan-kawanya sambut eda punya birthday tau, eda pun tak tahu yang dia orang ni semua nak buat kejutan dekat eda. Dalam pukul 4 pagi eda kena tepung bagai semua dekat depan rumah. Gila ke tidak dia orang ni kenakan eda, kalau siang tu tak apa juga lah ni tengah-tengah malam dan nak subuh dah. Tapi seronok jugalah kena tepung. Dah lah kena tepung lepas tu nak kena mandi lagi dah lah sejuk... menggigil lah jawapanya. Apa-apa pun eda amat terharu sangat-sangat sebab fahmi dan kawan-kawanya ingat hari yang penting dalam hidup eda. Terutama orang tersayang my hubby fahmi idris. love you so much. muuuuaaahhhh. Dahlah tengah hari itu kita orang ada wedding dekat klang,ambik kau memang tidur tak cukuplah dibuatnya.hahaha 

Time ni kena tepung pukul 4 pagi

Ni time kita orang dekat wedding member kita orang dekat klang


HAPPY BIRTHDAY TO MY MOM PN NORMAH PADA 24/12/2012

Sebelum itu juga eda nak ucapkan selamat hari natal kepada penganut agama kristian dan SELAMAT HARI LAHIR kepada My mother,ibu PN NORMAH. Yang disambut ada hari semalam 24/12/2012 Anak disini sentiasa mendoakan kesejahteraan dan dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik. Walau anak disini berjauhan,anak tidak pernah lupakan ibu dan sentiasa diingati. Love you so much ibu. muuuuaaaaahhh


dah baca ke,terima kasih tau sebab sudi membaca dan singgah ke blog kami

No comments:

Post a Comment