SELAMAT DATANG KE GLAMOURMOON..... FAHMI & EDA

Thursday, 27 September 2012

KEMANISAN ANUGERAH ALLAH

assalamualaikum,

Dimulakan dengan bismillah dan disudahi dengan alhamdullilah. Bersyurkur pada ilahi hari ini eda masih lagi bernyawa dan meningmati hidup ini dengan baik-baik sahaja. Biasalah setiap manusia memang tidak boleh lari dari masalah,syurkur juga eda dapat mengawal setiap masalah itu dengan keadaan yang tenang dan sokongan dari orang yang tersayang,yang terutama my hubby sentiasa ada bersama di sisi.

Dicintai dan disayangi kamu adalah satu anugerah yang terindah bagi ku . Mungkin Tuhan sengaja memberi kita berjumpa dengan orang salah sebelum ini kerana ingin menemukan seseorang lebih baik dan betol agar kite lebih mengetahui bagaimana ingin bersyukur dengan pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.


Cinta pertama adalah kenangan , cinta kedua adalah pelajaran dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam . kerana itu jagalah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim . 

Wah eda tiba-tiba selitkan cereka cerita cinta pulak, sudah lama juga sebenarnya tak berbual bicara panjang lebar dekat blog cantik manis ni sebenarnya, dengan keadaan yang tidak mengizinkan oleh allah dan dipenuhi dengan aktiviti harian menjadi salah satu sebab eda tidak berbual bicara panjang lebar dekat sini. Selepas kita semua menerima kedatangan bulan rahmadan dan aidilfitri dan selepas itu menghadiri rumah terbuka dan kenduri kahwin memang amat memenatkan diri kita ini sebenarnya walau ia membuatkan kita rasa riang dan ceria. Rasa-rasanya sampai sekarang masih lagi ada orang buat rumah terbuka tau,eda tak habis-habis lagi mendapat jemputan dari kawan-kawan. Baru-baru ini juga eda baru sahaja menghadiri dari rumah wedding kawan punya kakak dia kahwin, selama tiga hari dua malam jugalah eda berkampung dekat rumah peganting. Dari hari jumaat malam ada buat kenduri doa selamat dan malam sabtu ada kahtam al-quran dan pada pagi ahad adalah hari kemuncak iaitu akad nikah dan bersanding. Nampak tak aktivitinya,walau nampak simple dan serdahana tapi memenatkan juga lah eda dan kawan-kawan pada hari kendurinya. Nasib baiklah hari isnin tu eda cuti sebabnya memang sudah awal-awal dan mohon cuti,bukan apa saja je mintak cuti dan nak rehat-rehatkan diri ini dan cuti pun banyak lagi. Si cantik manis anak-anak dara sekalian,syukur alahamdullilah pada ilahi kerana memberi kami semua kecantikan dan kemanisan.


dah baca ke,terima kasih tau sebab sudi membaca dan singgah ke blog kami

No comments:

Post a Comment