SELAMAT DATANG KE GLAMOURMOON..... FAHMI & EDA

Thursday, 27 September 2012

KEMANISAN ANUGERAH ALLAH

assalamualaikum,

Dimulakan dengan bismillah dan disudahi dengan alhamdullilah. Bersyurkur pada ilahi hari ini eda masih lagi bernyawa dan meningmati hidup ini dengan baik-baik sahaja. Biasalah setiap manusia memang tidak boleh lari dari masalah,syurkur juga eda dapat mengawal setiap masalah itu dengan keadaan yang tenang dan sokongan dari orang yang tersayang,yang terutama my hubby sentiasa ada bersama di sisi.

Dicintai dan disayangi kamu adalah satu anugerah yang terindah bagi ku . Mungkin Tuhan sengaja memberi kita berjumpa dengan orang salah sebelum ini kerana ingin menemukan seseorang lebih baik dan betol agar kite lebih mengetahui bagaimana ingin bersyukur dengan pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.


Cinta pertama adalah kenangan , cinta kedua adalah pelajaran dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam . kerana itu jagalah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim . 

Wah eda tiba-tiba selitkan cereka cerita cinta pulak, sudah lama juga sebenarnya tak berbual bicara panjang lebar dekat blog cantik manis ni sebenarnya, dengan keadaan yang tidak mengizinkan oleh allah dan dipenuhi dengan aktiviti harian menjadi salah satu sebab eda tidak berbual bicara panjang lebar dekat sini. Selepas kita semua menerima kedatangan bulan rahmadan dan aidilfitri dan selepas itu menghadiri rumah terbuka dan kenduri kahwin memang amat memenatkan diri kita ini sebenarnya walau ia membuatkan kita rasa riang dan ceria. Rasa-rasanya sampai sekarang masih lagi ada orang buat rumah terbuka tau,eda tak habis-habis lagi mendapat jemputan dari kawan-kawan. Baru-baru ini juga eda baru sahaja menghadiri dari rumah wedding kawan punya kakak dia kahwin, selama tiga hari dua malam jugalah eda berkampung dekat rumah peganting. Dari hari jumaat malam ada buat kenduri doa selamat dan malam sabtu ada kahtam al-quran dan pada pagi ahad adalah hari kemuncak iaitu akad nikah dan bersanding. Nampak tak aktivitinya,walau nampak simple dan serdahana tapi memenatkan juga lah eda dan kawan-kawan pada hari kendurinya. Nasib baiklah hari isnin tu eda cuti sebabnya memang sudah awal-awal dan mohon cuti,bukan apa saja je mintak cuti dan nak rehat-rehatkan diri ini dan cuti pun banyak lagi. Si cantik manis anak-anak dara sekalian,syukur alahamdullilah pada ilahi kerana memberi kami semua kecantikan dan kemanisan.


dah baca ke,terima kasih tau sebab sudi membaca dan singgah ke blog kami

Monday, 3 September 2012

MY BROTHER

Sementara menunggu kawan abah datang beraya,kita orang sempat lagi bergambar sebab dah tak tahu nak buat apa. Lagi pun semuanya sudah tersiap cuma tinggal untuk makan sahaja. Kita orang adik beradik dah makan dulu sebelum kawan abah datang rumah.hehehe tuan rumah mesti rasmikan dulu. Time tu ibu buat mee soto dengan nasi lemak. Oklah dah tak tahu nak taip apa, kerja tengah banyak ni. Bye2


dah baca ke,terima kasih tau sebab sudi membaca dan singgah ke blog kami

WEDDING KHASHA 1 NOVEMBER 2012

Malam tadi baru sampai shah alam,letih dekat badan ni pun belum hilang lagi..mana tidaknya dari hari khamis malam sampailah ahad eda berkampung dekat kuala selangor dan sungai besar. Dekat kuala selangor macam biasalah rumah my hubby dan sungai besar rumah nana. Sebenarnya dekat sana ada kenduri kahwin member,sebab tu berkampung dekat sana. Kendurinya pada hari sabtu tapi biasalah berjalan-jalana sambil tu dengan my hubby...jalan-jalan dekat kampung halamannya. Dari satu tempat ke satu tempat kita orang pergi,dari ke darat ke laut dari tanah rata ke atas bukit dari makan nasi ke makan satay dari makan dekat warung ke makan dekat sawah padi. Memang best sangat-sangat,biasalah kita tak ada padi. Majlisnya pun cukup meriah sangat-sangat pada malam tu dengan dipenuhi sanak saudara dan tetamu yang datang. Apa-apa pun eda nak cakap thanks you dekat my hubby(fahmi idris) melayan budak nakal ni.













dah baca ke,terima kasih tau sebab sudi membaca dan singgah ke blog kami