SELAMAT DATANG KE GLAMOURMOON..... FAHMI & EDA

Saturday, 29 October 2011

AKU HANYA MAMPU BERDOA WAHAI KEKASIH KU

Ya allah ya tuhan ku.... Tenangkan hati ku ini dan lapangkanlah dada dan fikiranku ini. Jauhkan diri hambu mu ini dari masalah yang membuatkan diri ku ini jatuh sakit. Kau kuatkanlah diri ku ini dengan dugaan yang datang kepada diri ini. Aku tahu dugaan yang datang ini untuk menguji keimanan diri ini dan aku redha dengan apa yang terjadi, dan ia membuatkan aku kuat untuk meneruskan kehidupan. Ya allah, hanya engkau sahaja yang tahu isi hatiku dan kasih sayang ku kepadanya dan hanya engkau sahaja yang memahami diri ini dan mengetahui penyesaan hati dan diri ini. Itu sahaja yang aku mampu untuk berkata-kata dan hanya air mata yang mengali ke pipi ku ini. Aku tidak kuat untuk berhadapan dan berkata dengannya. Aku cuma mahu engkau tahu yang aku amat mencintai engkau dan diri ini hanya untuk engkau. Aku tidak sanggup untuk berjauhan dengan diri mu dan berpisah dengan engkau wahai kekasih. Aku harap engkau memahami dan mengetahui yang diri ku ini amat memerlukan engkau di samping mu. Di hari pertama kita berjumpa aku sudah merasai kesetian dan kasih sayang engkau kepada aku. Dari mata mu yang bertentangan dengan mata ku,aku sudah tahu yang aku akan bersama mu. Aku masih ingat dan masih bermain di fikiran aku ini di hari pertama kita bertemu. Walaupun masa itu aku masih keliru dengan diri ku ini,namum aku telah memberi peluang kepada diri ku ini untuk hidup bersama mu sehingga ke akhir hayat ku. Aku mula jatuh cinta terhadap mu di hari pertama kita bertemu lagi. Aku berharap engkau tidak menyeksa diri ku ini kerana diri ku ini tidak kuat untuk berhadap dengan kedukaan dan tidak keyakinan untuk meneruskan kehidupan ini dengan hati yang hancur. Dan sekali lagi, aku berharap yang engkau amat memahami diri ku ini dan aku sentiasa dihati mu. Di hati aku ini engkau sentiasa disematkan dengan begitu baik dan aku membawa cinta mu ini kemana sahaja. Cinta aku untuk kau tidak akan mati sampai bila-bila. Aku cuma mencintai dan menyayangi engkau seorang sahaja. Sekiranya engkau membaca luahan isi hati ku ini,aku berharap engkau mengerti wahai kekasih ku dunia akhirat. Sekali lagi aku ingin berkata yang aku tidak sanggup kehilangan engkau melainkan yang memisahkan kita ialah allah. Engkau telah datang ke diri ku ini dan membawa kembali cinta ku ini yang telah hilang untuk sesiapa. Cinta ini hanya untuk mu muhammad fahmi idris.

dah baca ke,terima kasih tau sebab sudi membaca dan singgah ke blog kami

No comments:

Post a Comment