SELAMAT DATANG KE GLAMOURMOON..... FAHMI & EDA

Tuesday, 14 June 2011

SEGMEN 5 : JABAL UHUD








Jabal Uhud adalah nama sebuah bukit terbesar di Madinah. Letaknya lebih kurang 5km dari pusat Kota Madinah,berada di punggir jalan lama Madinah-Makkah. Jabal Uhud adalah sekelompok gunung yang ada di Kota Madinah dan tidak bersambungan dengan gunung-gunung yang lain di mana pada umumnya gunung-gunung di Madinah ini adalah sambung menyambung,kerana itulah disebut Jabal Uhud yang bererti gunung menyendiri.
Di Jabal Uhud ini juga terjadinya Perang Uhud yang berlaku pada tahun ketiga Hijrah antara Islam dengan tentera kafir Quraisy. Jabal Uhud telah menjadi saksi kepada satu peperangan yang tidak kurang pentingnya dari Badar al-Kubra,bahkan Uhud telah menjadi saksi tumpahnya darah 70 orang syuhada’. Dengan peristiwa Uhud,Allah menganugerahkan pahala kesabaran bagi Junjungan s.a.w. dan umatnya. Kekalahan tentera Islam ditangan orang-orang musyrik bukanlah ukuran kejeyaan hakiki di akhirat nanti. Hakikatnya di medan Uhud,umat Islam tidak kalah. Islam terus berkembang di Madinah.


dah baca ke,terima kasih tau sebab sudi membaca dan singgah ke blog kami

No comments:

Post a Comment