SELAMAT DATANG KE GLAMOURMOON..... FAHMI & EDA

Monday, 13 June 2011

SEGMEN 4 : MASJID QUBA
















Masjid Quba(atau Masjid al-Quba’) ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam dan merupakan antara masjid tertua di Arab Saudi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa baginda dalam perjalanan berhijrah dari Makkah ke Madinah.
Masjid Quba kemudian disiapkan oleh sahabat Rasulullah. Rasulullah s.a.w menghabiskan masa selama 20 malam(selepas hijrah) menunaikan solat fardhu dan solat sunat. Pada ketika itula,inilah satu-satunya masjid yang ada untuk baginda s.a.w beribadah kepada Allah s.w.t.
Berdasarkan fakta pembinaannya,masjid ini telah disebut oleh Alah s.w.t  di dalam Al-Quran(surah al-Taubah ayat 108 dan 109) sebagai masjid yang dibangunkan di atas Taqwa. Semasa dalam perjalanan berhijrah ke Madinah,Rasulullah s.a.w telah singgah di Quba selama 4 hari. Baginda tidak akan tinggal di satu-satu tempat itu,kecuali dengan mendirikan masjid. Atas dasar itulah maka masjid Quba telah dibangunkan atas dasar Taqwa baginda kepada Allah s.w.t. Semasa hayatnya,Nabi Muhammad s.a.w kerap mengunjungi Masjid Quba dan menunaikan solat sunat. Mengikut Hadis Ibnu Umar r.a ‘sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah berkunjung ke Masjid Quba dengan menunggang binatang tunggangan dan juga berjalan kaki. Telah diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w menziarahi Masjid Quba pada setiap hari sabtu dengan menaiki tunggangannya.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w lagi: ‘sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba lalu mendirikan solat di dalamnya,ganjaran pahalanya samalah dengan pahala orang-orang yang mengerjakan ibadah Umrah.


dah baca ke,terima kasih tau sebab sudi membaca dan singgah ke blog kami

No comments:

Post a Comment