SELAMAT DATANG KE GLAMOURMOON..... FAHMI & EDA

Monday, 13 June 2011

SEGMEN 3 : MASJID NABAWI

Masjid ini merupakan salah satu masjid yang paling utama bagi umat islam setelah Masjid al-Haram di Makkah dan Masjid al-Aqsa di Jerusalem. Masjed Nabawi telah dibangunkan oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622 Masihi. Di sinilah letaknya makam Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya. Keutamaannya dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w.’Solat di masjidku ini lebih baik daripada seribu solat di masjid yang lain,kecuali di Masjid al-Haram.’ Beliau juga bersabda, ‘siapa yang mengerjakan solat di masjidku 40 kali solat fardhu,tidak kurang satu solat pun,maka ia terbebas dari neraka,bebas daripada azab dan bebas daripada kemunafikan.’ Sabda baginda lagi, ‘jangan bersusah payah akan perjalanan,kecuali ke tiga masjid,Masjid al-Haram,masjidku ini dan Masjid al-Aqsa.Berdasarkan hadis-hadis tersebut,Masjid Nabawi yang terletak di Kota Madinah selalu dikunjungi oleh umat Islam yang melaksanakan ibadah haji atau ibadaj umrah sebagai amalan sunat.






dah baca ke,terima kasih tau sebab sudi membaca dan singgah ke blog kami

No comments:

Post a Comment