SELAMAT DATANG KE GLAMOURMOON..... FAHMI & EDA

Saturday, 31 December 2011

YES KAMI SEMAKIN MUDA


Tamat 2011 dan datangnya 2012 kami berdua juga meninggalkan umar 22 dan memasuki 23 tahun. YES KAMI SEMAKIN MUDA!!!
Dengan harapan tahun 2012 semuanya dalam keadaan baik dan dimurahkan rezeki. amin...



dah baca ke,terima kasih tau sebab sudi membaca dan singgah ke blog kami

Tuesday, 27 December 2011

MENYAMBUT KEPULANGAN TERSAYANG


Tepat pukul 5 petang 25 december 2011 my hubby baru pulang dari medan indonesia selama 3 hari, semasa ketiadaan myhubby di malaysia amat-amatlah sakit sebab tak berjumpa dan hanya berhubung melalui msg je...nasib baik dunia sekarang makin canggih dengan adanya blackberry bolehlah masing-masing melepaskan rindu. hehehe....


dah baca ke,terima kasih tau sebab sudi membaca dan singgah ke blog kami

HADIAH DARI TERSAYANG


Lama juga tak menekan-nakat dekat sini....hehehe.. Bulan mintak maaf banyak-banyak pada sesiapa yang mengikuti cerita bulan ni, bulan terlalu sibuk sekarang sampai tak ada masa nak bercerita dekat dunia alam maya ni. Sekarang ni bulan nak kongsi cerita dengan korang, padahal cerita ni hujung bulan 10 punya,baru sekarang nak heboh-hebohkan hahaha... My hubby buat kejutan dekat bulan masa birthday bulan yang ke 22 tahun, My hubby bagi bulan hadiah yang bulan agak terkejut dan teruja sangat-sangat sebab barang tu memang bulan dah lama nak beli. WALLET GUESS !!! Hadiah dari my hubby. Thank you muhammad fahmi...Muahhhhhhhhh, love u so much


dah baca ke,terima kasih tau sebab sudi membaca dan singgah ke blog kami

Sunday, 18 December 2011

BERJAYA HILL







dah baca ke,terima kasih tau sebab sudi membaca dan singgah ke blog kami

Saturday, 3 December 2011

MUKA ORANG SENANG HATI



Muka kegembiraan dan senang hati kami berdua

dah baca ke,terima kasih tau sebab sudi membaca dan singgah ke blog kami

Thursday, 1 December 2011

contest candid time



Bulan join contest candid time
join klik je banner 2
ni bulan punya gambar candid
tag :


dah baca ke,terima kasih tau sebab sudi membaca dan singgah ke blog kami

Monday, 28 November 2011

SAYA RINDU AWAK

Saya rindu AWAK !!!
my hubby sekarang ni terlalu sibuk,sebab minggu ni dia kena pergi kuantan sebab ada grand final futsal IPT. Nanti seminggu kita tak jumpa, thanks hubby sebab luangkan masa sebelum pergi kuantan dengan sayang, sayang dekat sini akan mendoakan semoga berjaya menjadi johan tahun ni. Sayang tunggu kepulangan hubby dengan selamat. 

dah baca ke,terima kasih tau sebab sudi membaca dan singgah ke blog kami

Sunday, 27 November 2011

KASIH ANAK DAN IBU

Inilah aktiviti lapang kita orang cuti hari minggu. Bulan,my cousin(iqa), makngah(ibu iqa) and my mother, comel tak kita orang...mestilah comelkan..hehehe. My mother and makngah bulan memang sporting, ni semua gara-gara idea iqa mengajak kita orang main tangkap-tankap gambar. Sebenarnya banyak gila gambar kita orang,tapi tak boleh lah buat semua tantapan umum.hehe jangan marah


dah baca ke,terima kasih tau sebab sudi membaca dan singgah ke blog kami

Saturday, 19 November 2011

TERASA LAMA TIDAK BERCERITA

Hai korang semua apa khabar ? bulan dah hampir seminggu rasanya tidak bercerloteh dekat bloging ni. Dah hampir seminggu bulan jatuh sakit...huhu. Sekarang ni pun badan terasa lemah lagi,tapi bulan kuatkan juga diri ini untuk bangun dan berkongsi cerita dengan kawan-kawan dekat blog comel ni. Kalau boleh bulan nak cepat sembur dan boleh aktif macam dulu,nak buat apa pun tak kesah.

dah baca ke,terima kasih tau sebab sudi membaca dan singgah ke blog kami

Tuesday, 8 November 2011

GOOD LUCK TO MY HUBBY AND PSA FUTSAL PSA

GOOD LUCK team PSA
Esok my hubby dengan team dia akan bertolak ke pulau pinang sebab ada kejohanan futsal IPT 2011 sirkit penang, yang akan berlangsung pada 9 - 13 november 2011. Semoga berjaya dan selamat pergi dan balik. Kepada my hubby,sayang akan sentiasa berdoa akan keselamat my hubby baik dan kalau mempunyai rezeki sekali lagi team PSA akan menjuarainya.

 my hubby (depan dua dari kiri)
JUARA FUTSAL IPT 2010


dah baca ke,terima kasih tau sebab sudi membaca dan singgah ke blog kami

Sunday, 6 November 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Bulan nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya adiladha kepada semua umat islam. Sebelum tu bulan amat merindui suasa di tanah suci dan berharap bulan dapat menjejakan kaki sekali lagi di tanah suci kerana di sana hati dan jiwa kita terlalu tenang dan dapat mendekatkan jiwa kita kepada maha esa. Sempena adiladha ini,bulan hendak mengimbas kembali bulan sekeluarga di tanah suci semasa mengerjakan umrah pada pertengahan tahun ini. Slamat Hari Raya Aidiladha juga kepada my love Muhammad Fahmi Idris.






dah baca ke,terima kasih tau sebab sudi membaca dan singgah ke blog kami

Friday, 4 November 2011

OHSEEEM Giveaway by Faqihah, Scha, Ain



klik je banner tu

Wah jom kita masuk OHSEEMM Giveaway by Faqihah, Scha, Ain

Bulan tag : 

dah baca ke,terima kasih tau sebab sudi membaca dan singgah ke blog kami

Wednesday, 2 November 2011

SweeT Mem0rieS ConTest by Mimie



Korang klik je dekat banner tu kalau nak join

Hari ni eda nak join lagi satu contents iaitu sweet memories contest by mimie... Contents ni merupakan contents menceritakan tentang kenangan terindah korang. Jom kita lihat kenangan terindah bulan...

 Apa yang korang buat ni sampaikan baldi pun masuk dalam kepala si syakila....hehehe.. Time ni tengah malam selepas detik pukul 12 malam sebabnya kita orang buat party birthday member bulan iaitu Tmeng...hehe..yang paling kelakar sekali bulan kena lari satu taman untuk kenakan si tmeng ni.. dah lah bulan lari dengan tak pakai selipa,pas tu dengan seluar tidur warna pink lagi gitu..hehehe.. Kawan-kawan bulan pulak dia orang siap buat air santan campur dengan air ayam yang dibiarkan beberapa hari.. Pehhhhhhhhhhhhh dia punya bau jangan cakaplah..wangi lagi bau kambing. Halaman rumah jangan cakaplah...nasib baik rumah kita orang paling tepi sekali.... Comelkan.. Muahhhhhh



dah baca ke,terima kasih tau sebab sudi membaca dan singgah ke blog kami

Tuesday, 1 November 2011

1 HARI BULAN 11 TAHUN 2011

Jom kita nyanyi lagi 1 lagu happy birthday
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU NASHA FATEEHA SAHAK
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
Wah bestnya asyik nyanyi lagu lagu happy birthday je... Baru je semalam menyanyi, hari ni dah nyanyi lagi sekali... Semalam nyanyi lagu birthday untuk eda (bulan),hari untuk adik eda yang bongsu. Kita orang punya birthday sebelah-sebelah je... Bestkan...Kalau family kita orang nak buat part birthday ke mesti buat sekali...tapi yang membuatkan diaorang pening kita orang sendiri yang bergaduh sebab berebut tarikh masing-masing...hehehe.. Apa-apa pun kakak yang sentiasa sayang kepada adik-adiknya sentiasa berdoa akan sentiasa dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Selamat hari lahir yang ke 10 tahun.
ini lah birthday gilynya


Hari ni 1.11.11 cantikan tarikh hari ni.... wing2



dah baca ke,terima kasih tau sebab sudi membaca dan singgah ke blog kami

Monday, 31 October 2011

YES.... DAH MAKIN MUDA

HAPPY BIRTHDAY TO YOU
 HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTDAY TO YOU NOREEDA AKHMA BTE SAHAK
HAPPY BIRTHDAY TO YOU

Tanggal 31 oktober 2011 genaplah eda 22 tahun. Yes muda lagi lah eda..hehehe...perasan gila...
Tahun ni birthday eda amat bermakna sekali sebab eda dapat sambut dengan kekasih hati yang disayangi. Yang paling bermakna sekali dapat sambut dengan family. Sekarang ni eda tenggah tunggu hadiah dari kekasih hati...hehehe...tak malulah eda... agak-agak apa erk hadiah tu...kita tunggu je nanti ok... Dan yang paling best my hubby orang yang pertma wish my birthday,love you so much. Apa-apa pun bersyukur sangat-sangat dekat allah sebab eda masih lagi bernafas didunia ini dan diberi kehidupan dengan baik dan sempurna. 

INILAH ORANGNYA BIRTHDAY GIRL 



dah baca ke,terima kasih tau sebab sudi membaca dan singgah ke blog kami

Saturday, 29 October 2011

AKU HANYA MAMPU BERDOA WAHAI KEKASIH KU

Ya allah ya tuhan ku.... Tenangkan hati ku ini dan lapangkanlah dada dan fikiranku ini. Jauhkan diri hambu mu ini dari masalah yang membuatkan diri ku ini jatuh sakit. Kau kuatkanlah diri ku ini dengan dugaan yang datang kepada diri ini. Aku tahu dugaan yang datang ini untuk menguji keimanan diri ini dan aku redha dengan apa yang terjadi, dan ia membuatkan aku kuat untuk meneruskan kehidupan. Ya allah, hanya engkau sahaja yang tahu isi hatiku dan kasih sayang ku kepadanya dan hanya engkau sahaja yang memahami diri ini dan mengetahui penyesaan hati dan diri ini. Itu sahaja yang aku mampu untuk berkata-kata dan hanya air mata yang mengali ke pipi ku ini. Aku tidak kuat untuk berhadapan dan berkata dengannya. Aku cuma mahu engkau tahu yang aku amat mencintai engkau dan diri ini hanya untuk engkau. Aku tidak sanggup untuk berjauhan dengan diri mu dan berpisah dengan engkau wahai kekasih. Aku harap engkau memahami dan mengetahui yang diri ku ini amat memerlukan engkau di samping mu. Di hari pertama kita berjumpa aku sudah merasai kesetian dan kasih sayang engkau kepada aku. Dari mata mu yang bertentangan dengan mata ku,aku sudah tahu yang aku akan bersama mu. Aku masih ingat dan masih bermain di fikiran aku ini di hari pertama kita bertemu. Walaupun masa itu aku masih keliru dengan diri ku ini,namum aku telah memberi peluang kepada diri ku ini untuk hidup bersama mu sehingga ke akhir hayat ku. Aku mula jatuh cinta terhadap mu di hari pertama kita bertemu lagi. Aku berharap engkau tidak menyeksa diri ku ini kerana diri ku ini tidak kuat untuk berhadap dengan kedukaan dan tidak keyakinan untuk meneruskan kehidupan ini dengan hati yang hancur. Dan sekali lagi, aku berharap yang engkau amat memahami diri ku ini dan aku sentiasa dihati mu. Di hati aku ini engkau sentiasa disematkan dengan begitu baik dan aku membawa cinta mu ini kemana sahaja. Cinta aku untuk kau tidak akan mati sampai bila-bila. Aku cuma mencintai dan menyayangi engkau seorang sahaja. Sekiranya engkau membaca luahan isi hati ku ini,aku berharap engkau mengerti wahai kekasih ku dunia akhirat. Sekali lagi aku ingin berkata yang aku tidak sanggup kehilangan engkau melainkan yang memisahkan kita ialah allah. Engkau telah datang ke diri ku ini dan membawa kembali cinta ku ini yang telah hilang untuk sesiapa. Cinta ini hanya untuk mu muhammad fahmi idris.

dah baca ke,terima kasih tau sebab sudi membaca dan singgah ke blog kami

Friday, 28 October 2011

KENAPA PEREMPUAN MUDAH MENANGIS

Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."

dah baca ke,terima kasih tau sebab sudi membaca dan singgah ke blog kami

Thursday, 27 October 2011

contest blog paling comel dan dabomb




Mesti follow blog Fatin dan Jaja
Only for girls . No boys .
Mesti buat entry pasal contest ni . Banner disediakan .
Send  link entry contest dekat blog Fatin jika anda dah join .
Tag beberapa orang anda nak maximum 3 , minimum 1 .
Contest akan tutup pada 28 Oktober 2011
Tolong like page ini [Tekan] dan kemudian like ini [Tekan] *kalau ada  acc fb*

Kalau nak tahu hadiah dia apa, korang pergi tengok sendirilah lagi senang 

Tag to :


dah baca ke,terima kasih tau sebab sudi membaca dan singgah ke blog kami